BERCEUSE

Tuesday, December 8, 2009

live on move on


bangun aku hari ini
lewat petang mengapai senja
merantau pula di waktu malam
bertemankan talian net sepanjang masa

bangun aku sedar
akan waktu tiada noktah
akan langkah tiada berubah
akan kenangan tiada dibawa

oh terikat aku dengan yang lampau
terkenang aku kisah lama
teringat aku senyum mesra
mengingat pula luka yang ada

kanak-kanak
sungguh kanak-kanak

untuk apa merungut yang lama
untuk apa digaduhkan yang sama
bukan bawa sebarang manfaat
cuma hanya menutup pandangan
dan terus tenggelam dek keburukan

pengorbanan lalu itu yang lalu
biarkan saja di situ
kerna yang depan menanti dan tak tentu
tak makan dek usaha yang dah tepu

buka mata buka minda
ini bukan nlagi nostalgia
masa depan menunggu setia
apa mahu melengung saja?

langkah baru semangat baru
imej baru cara pun terbaru
tolak ke tepi idealis lalu
maju terus tanpa ragu

jangan fikir bukan-bukan
hidup ini tak susah
cuma perlu buat tak susah
senang bukan?

:)

live on guys.. live on..

from man to her


to know her is
a normal attraction between man and woman

to like her is
the extra features that attracted men even more

to miss her is
the breakthrough to the man's heart

to win her is
the power of the man

to love her is
a noble confession of the man

to live her is
a will of the noble man

to marry her is
the biggest step ever of the man

but

to control her?
that's a stupid act

seriously. be wise.
it shows your weaknesses
you're SUPER jealous
you're SUPER insecure
you're SUPER LOSER~

i may, i am


i may look like the maniac
but i am the passive one

i may look like the loud one
but i am the silent one

i may look like the talkative one
but i am the one who listen more

i may look like silly
but i am a little funny

i may look like wealthy
but i am only healthy

i may look like brilliant
but i am worse the gazillion

i may look like straight one
but i am SUPER hairpin one

i may look thin
but i am eating machine

well

i may look like what you thought
but i am just so not like that

Tuesday, December 1, 2009

if


if i were to go
if i were to get close to you
what would you think?
i don’t have the courage

if you were to go,
if you were to leave
i don’t know how to send you away
it keeps hanging on my mind

i know i am a fool and can only watch you from afar
your heart may look away from me…
and so we could even become strangers
just like a fool i can’t even say that i love you because …
we’re afraid the wait that comes upon us
after we meet will be painful and sad.

if you were to come
to come near me.
what would i do ?
i really don’t know
because im like a fool.

i know looking is all i can do.

Monday, November 23, 2009

empat rasa


RANTAI RASA

Dari pandangan aku
Masih kita usaha
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Kau pasti menungguku
Ku juga begitu
Berpaut dengan rantai rasa

Usah kau cuba untuk menangis
Untuk bahagia

Ku tak mahu binasa
Biar kita selalu
Berpaut dengan rantai rasa cinta


PIJAK HATIKU

Waktu kita sama sambut hari lahir
Ku beri hadiah, hadiah bunga

Cantik, engkau memang cantik
Izinkan aku menatap wajahmu lagi

Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi

Tinggi harapanku buatmu
Tak ku sangka ia hanya setengah jalan
Jika memori kita disimpan di dalam cakera
Kan ku mainkan sampai bila-bila

Cantik, engkau memang cantik
Izinkan aku menatap wajahmu lagi


KU MAHU KAU TAHU


Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu

Aku kan terus menunggu
Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu


KAU HARUS ADA

Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jikaku sendiri

Friday, October 30, 2009

menghidupkan bunga?


kau lihat alam flora
tak, kau lihat saja bunga
bunga yang berbagai macam
bunga yang berbagai bau

kau pergi lah siram bunga tu hari-hari
ia berputik, hidup segar dan ceria
tapi, kau biar tanpa air?
cepat saja bunga layu dan mati tanpa amaran

masa bunga ni ceria pada kita
ada saja pelesit merosakkannya
ada saja serangga memusnahkannya
tapi kita ada juga penjaganya
racun serangga juga berguna
lepas disembur, bunga tetap ceria
tapi tak sesegar seperti sekala

bayang saja keliling kita ni semua bunga
bagai corak dan warna
indah juga rasanya
tapi untuk lihat semua layu dan mampus di situ?
oh, aku tak sanggup!

begitu juga hidup kita
kita ceria jika dipelihara bersama
hidup bermasyarakat bukan?
kalau masyarakat pentingkan diri?
sama seperti bunga layu
sombong tiada siapa yang menyiramnya

ada masa kita suka gembira
datang pula si dalang menghancurkan kehidupan kita
biasa lah tu, dengki
tapi apa guna keluarga dan kawan di sisi?
sebagai hiasan dalam diari?

fikirlah
budak-budak pun tahu untuk bersama
apakah kita yang dah tua bangka?
apa kita dah lupa diri?
kita hidup ramai-ramai bukan seorang bukan?

fikirlah
semua inginkan keamanan dan kebahagiaan hidup
mengapa tidak pelihara bersama?
hidup kita bermasyarakat bukan?

lu fikirlah sendiri!

Wednesday, September 9, 2009

obses sangat


baru sekarang aku perasan
aku dah jarang memuji
memuji pujian yang ikhlas

baru sekarang aku sedar
aku dah kurang berfikir
berfikir untuk kepentingan diri

baru sekarang aku tahu
aku memang tak layak
untuk tegur siapa-siapa pun

baru sekarang aku bersoal
melayan semua orang sama
kawan teman maupun lawan

baru sekarang aku mengerti
sayang aku terhadap kawan
sampai kena pijak pun tak perasan

obses sangat aku dengan kawan kan?

pernah aku dipijak kepala
pernah aku ditikam belakang
oleh manusia bergelar kawan

tapi aku masih di sini
diam membisu terdiri bersendiri
memaafkan si tolol yang menikam ini
yang dilihat ramai dengan keji

obses sangat aku dengan kawan kan?

aku lemah dengan kawan
aku tak berperisai dengan kawan
sampai tercedera aku diserang kawan open sahaja

obses sangat aku dengan kawan kan?

oh tuhan, beginikah erti setiakawan?
sentiasa baik pada kawan
sampai kena makan dengan kawan?

oh tuhan, itu ke setiakawan?
menolong saat diperlukan
tapi tergapai sendirian pabila memerlukan?

oh tuhan, bagaimanakan setiakawan?
hubungan persahabatan sebelah mata?
sesungguhnya aku tak mengerti

sehingga kini aku menanti
detik-detik ke hari-hari
mencari jawapan pada persoalan ini

Monday, September 7, 2009

khas untuk hari ini


hari ini kita suka
ketawa dan gembira
hari ini kita suka
bermain dan berdansa bersama
hari ini kita suka
bila diteman yang istimewa
hari ini kita suka
bila disamping yang tercinta
hari ini kita suka
ada keluarga bahagia tuk kita
hari ini kita suka
kerana segalanya baik belaka

tapi adakah esok sama?
adakah esok masih ada?
atau kita yang sudah tiada?
apakah kita sudah puas bergembira?
atau mencari suka yang baru?

mungkin esok kita berduka
mungkin esok kita sengsara
mungkin esok kita kecewa
mungkin esok kita gundah gulana

oleh itu
hari inilah hari kita
hari inilah untuk kita
meluahkan segala rasa
berkongsi dan dikenang bersama

agar
secangkir memori penuh makna
diukir untuk nostalgia kita
disimpan untuk kenangan hari tua

mari kita bergembira
berpesta dan berbahagia bersama
tiada kesal akan dijana

Sunday, September 6, 2009

titian perjalanan


nukilan pada 06/09/09 jam 3.42 pagi. sangat awal pagi bukan? haha. harap-harap nukilan ni dapat lah meredakan hati orang-orang yang memerlukan. ;p

kadang kala kita suka
kadang kala kita duka
kadang kala kita gembira
kadang kala kita kecewa
kadang kala kita bahagia
kadang kala kita sengsara
kadang kala tuah untuk kita
kadang kala malang datang pada kita

itulah corak kehidupan kita
pelbagai ceritera dan juga sandiwara
yang menguji minda dan jiwa
yang termaktub di diari kita
yang indah digamit bersama
yang gundah dibiar rahsia
itulah asam garam hari-hari kita
itulah sajian hidup kita

hidup ini memang tak mudah bukan?
kadang-kadang kita peroleh sesuatu
kita jaga hingga dibawa beradu
kita jaga dengan penuh rela

tapi, bila ia hilang dari kita
sekelip mata tanpa petanda
masa itu kita mula bertanya
masa itu kita mula terasa

hilangnya sesuatu yang dihargai memang besar nilainya
sampai kita hilang pertimbangan
sampai kita hilang perasaan
masa itu kita goyah,
kita rapuh, kita lumpuh

tapi kita sering lupa
setiap yang berlaku
pasti ada sebab tertentu
dan setiap yang dilalui
tak kira pahit tak kira manis
dah pun disukat dengan diri kita
kekuatan kita, kemampuan kita
cumanya ia di bawah kesedaran kita

jadi,
terimalah ia sebulat hati kita
terimalah ia seluas pandangan kita
terimalah ia seadanya
kerna itulah rahmat untuk kita
kerna itulah renungan untuk kita
dari yang Maha Esa

Wednesday, September 2, 2009

kotor kita ni


kotor kita ni, sumpah kotor
kau tak rasa begitu ke?
kau memang pelik
kotor pada kita-kita ni sangat ketara

kau cuba fikir
dulu masa kita kecik-kecik
kita selalu main kotor
bila kita balik, kita mandi kita cuci
kita dah bersih

kau cuba fikir
sekarang kita tak main kotor
bila kita balik kita mandi, kita cuci
tapi kita masih kotor

kau rasa pelik ke?
kau memang dungu, lupa diri

kau tau tak dulu kita bersih
abah mama selalu jaga kita
bila kau mula nak kotor mereka dah titik kita

kau tau tak sekarang kita kotor
kita jaga kita bersama kawan-kawan
tapi bila nak kotor tak ada yang titik kita

kau sedar tak kau kotor?
dulu masa kita lahir kita memang suci
tapi semakin kita besar kita mula kotor
kotor dengan fe'il
kotor dengan bahasa
kotor dengan rupa
lagi kita tak sedar
kita kotor dalam hati
kita kotor pemikiran
kita kotor segalanya

kau sedar tak kau kotor?
abah mama dulu selalu jaga kita dari kotor
tapi kita jugak kotorkan diri kita
sekarang kau nak bersih semula kan?

bila dah kotor baru nak bersih semula
baru nak cari abah mama
padahal kau yang kotorkan sendiri
berambus lah kalau ni fe'il kau
sendiri kotorkan sendiri bersihkan lah

sekarang
masa tiba untuk kita buang kotor
kotor oleh kita-kita juga
mari bersihkan segala yang kotor

memang kotor kita ni ye?

Tuesday, September 1, 2009

bangkit dari tenggelam


hendak saja aku berkata

kehilangan seseorang mungkin meninggalkan kesan
kesan mendalam dalam diri kau
tapi hilang seseorang tak bermaksud langkah kau terus terhenti
yang berhenti itu cuma sebab kau
kau dungu, takut nak teruskan kehidupan

aku tahu rasa ditikam semati-mati dalam hati
tapi, hati takkan mati kalau kau berani untuk teruskan perjuangan
kau terhenti sebab ditikam? kau kalah
dan kekalahan tu mudah merosakkan kau, jiwa kau dan fikiran kau

bangkitlah kawan! kau tak lemah bukan?
aku tahu kau kuat, jangan kau berhenti melangkah
destinasi kau jauh lagi
jangan berani kau berhenti lagi
atau aku akan cakap kau bodoh dan dungu

kau ingat balik kata-kata tu
kau ingat ni

kadangkala Tuhan sembunyikan matahari
kemudian datangkan hujan dan kilat
lalu kita menangis dan berkata
ke mana hilangnya mentari
rupa-rupanya
Tuhan hadiahkan kita 1001 keindahan pelangi

bangkit kawan! bangkit!
hidup kau masih panjang
kami tunggu kau untuk mencangkir memori
bersama kawan selamanya

bangkit kawan. bangkit

Wednesday, August 5, 2009

obsession addiction


this is to show what did someone feel without the one he/she care when they were in a disastrous night. sempat lagi tu berpuisi sebelum masuk tidur. haha. enjoy it! happy reading!! :)

this is obsession
in this hectic darkness
i found out myself deserted
this lonesome told me that
i lost something i have

tonight is the night
i feel i always have had gone
i try to find it but
my recent orders stop me from hunting it

oh god how i can be so empty
and the emptiness dragged me
to the grief of being isolated

oh dear what did you do to me
all i know is that i miss something from you
oh dear don’t do this to me
i’m lost without it
i’m lost without you

oh dear, if you hear me out
i plead for your presence
in each of the night
cause i’m lost without you
you voice enough fill my emptiness
with you even made me feel filled more

oh dear, this is addiction
this is the point where i miss you
and no objection that
i miss you a lot

Saturday, August 1, 2009

a memo to the pumpkin


this is just a mere writing since i haven't update this blog for so long. there were a lot of things happen to me lately. just now, i can only say some words. for today, here goes a note for the very special person to me. i know you will read this. this dedication is for you. :)

it was apparent night yet splendid for the very me
the only I can say is; I am sorry
to be into your existence
i can’t help but to be chunk of it
the placate nor concern solely to illustrate
how precious this correlation meant for me
we are yet to convene
but we are way too affectionate for each other
by just fleeting hours

thank you sweetheart
for you to accept me; this little evil as chunk of your life
for you to share your sentiment with me
for you to be the kith and kin with me
for you to everything
may this relation remains firm
for the time being; yet eternally
thank you darling

thank you

Friday, May 29, 2009

sonnet of gratified


this poem was awfully created by me towards a friend that i will never ever forget for now on. the idea was gathered last night after some incident. happy reading and translating. :)

dearest friend
on the day i was in the dusk
with worst of thought
full with heartbreaking sensation
in this endless darkness
came by an exquisite little glow
move around this almost deceased
playing and dancing beautifully
incessantly endeavor for a sincerest smile

as this light cease the dance
it happen that the moon fade
by the clouds of sorrow
and it glow dimly
until then i start to motion
as my head tilt up
the light shrink it;s glow

what is happening?
please don't leave me alone
in this nightmare

my hand start to touch the light
the light proliferate hasty and widely
winning every space of the dark sight
and no more gloomy contiguous

why, you made me stood up
again and stunning
with such amazing panorama
with blooming seeds of freshness
with enchanting sky of hopes
with chirping wings of happiness
with breezing wind of change
and the ocean bravely hit the land
and completely dazzling my very me

oh dear, how did you do that?
i can now joy the scenery
i can now sing and dance freely
i can now write creatively
i can now love this feeling
i can now smile blissfully
and that shows i am happy

oh dear, you are the light i am talking to
you are the light i touch to
you are the one who grant me the vivacity
to live the fullest

oh dear, i owe you my life
and i shall repay you with my life
and i can't halt the deem of every single of you

the sonnet i jot at this moment
is the thank for your kindness
is the thank for your sincerest
is the thank for your existent
is for you

oh dear, i love you
i certainly love you my dearest friend

Thursday, May 14, 2009

fate of the game


haha. this one was created during my journey back to PJ on 12th May 09. got two oh! :D

love, we've been through so far
in this quest of the heart
we barely made it through
we passed the main gate
we already sneaked in to forbidden gate
will you keep on going
to the forbidden house
or we just walk out of this untouched land
because the lord smell us
because the darth smell us
or we remain there
quietly without notice

the choices aren't fake
yet this quest isn't fate
this is the destiny to be chosen
a step foward
will never be backward
lets face it

i cant love the fullest


haha. this one was created during my journey back to PJ on 12th May 09. got two oh! :D

it have been moons since we tied together
yet, none of your red hub are mine
though you're tlling me yours are mine
still, none made me think those of yours mine

boy i hate this feel
to give up on half way done
to leave what was hardly gained
cause red hub of mine doesn't glow for glory

am i satisfy?
or just terrify?
shouly i apply?
or simply deny?
an undecidable answer
for this unsettle sensation

girl i can't love the fullest
girl i can't make the world
wether we're late in linking hubs
or just my deem that fuck up

what will you do my love?
will you cure my thought?
or just walk away from this mess?
now is the que call
for this problematic quest

on you on me
face it or leave it
this is a game we play
the game of fate

Monday, May 4, 2009

soulful thought


09/05/04 - i went through some serious thinking. as i finished my thought, i came up to note those thought by poem. so, this was the result.

to my dear sayang.
i may sounded funny,
i may sounded crazy,
i may sounded nasty,
i may sounded naughty,
but for you, i wont ever make you my toy or whatsoever.

my dear sayang.
i do make you smile,
i do make you sad,
i do even make you cry,
but hey, whatever it is, it will never screw your life up.

my dear sayang.
i may be not the romantic one,
i may be not the charming one,
i may be not the sweetest one,
by for you, my heart will always strive those for you.

to my dear sayang,
this is what i promise myself to you.

i want you by your heart
i leave you by your side
i love you by my life

hence, i will never give up to live for you. till the end. of time.

Saturday, April 25, 2009

kata hati


ego mengusik jiwa
menjamah debunga cinta
cinta cuba bukakan mata
namun dimensi merosakkan segalanya

hidup kini hilang daya
bernyawa tapi tak bermaya
untuk menawan hati bertakhta
dengan usaha tiada jaya

lelah aku bosan
dengan helah seribu alasan
janji demi janji dilafazkan
namun tiada yang dikotakan

apakah ini balasan
untuk setiap curahan kasih dan ehsan
atau hanya lakonan
untuk diri aku dijauhkan

fikirkan renungkan katakan
setiap satu perlakuanmu itu bukanlah lakonan
katakan itu adalah kebenaran
agar aku tahu apa kau hendakkan

luahkan jeritkan pekikkan
apa yang ingin dilepaskan
biar aku tadah telinga untuk segala yang dilepaskan
supaya kau hilang tekanan

sesungguhnya aku tetap tunggu
duduk dan membangku
tanpa rasa jemu
menanti jawapanmu

biar masa berlalu
biar waktu cemburu
biar hidup diburu
kau tetap aku tunggu

tetap..
aku tunggu...

Tuesday, March 17, 2009

buku hati


aku tak sedar
siang sudah jatuh
sinar mentari ditenggelami laut
langit biru makin gelap

aku tak sedar
kelicap tidak lagi berbunyi
seri pagi tidak lagi mekar
embun juga kehilangan

aku tak sedar
masa berlalu dengan pantas
mencemburui memoir2 aku
berlaku kejam terhadapku

bila semua sudah berlalu
baru mata terbeliak
baru otak berfikir panjang
baru aku berasa gundah

siapa tahu gundahku ni?
siapa mengerti perit hatiku ni?
siapa faham perasaanku ni?
siapa lali dengan perangaiku ini?

masa sudah berlalu
pergi, menjauh, tak kembali
merosakkan jalan cerita hidup ini
bersama insan yang sentiasa di sisi

ohh mengapa harus pergi?
aku masih dahagakan kasihmu
aku masih ketagih cintamu
aku masih inginkan dirimu

ohh mengapa harus pergi?
aku masih belum bertentang mata denganmu
aku masih belum bercanda bersama kamu
aku masih belum mendakap memelukmu

ohh mengapa harus pergi?
belum ku karang cerita kita
belum ku main lagu kita
belum ku kecapi impian kita

ohh mengapa harus pergi?
apakah ini balasan kita?
untuk segala kisah lama?
untuk cinta selamanya?

ohh tidak aku tak mengerti
apakah aku masih menanti?
apakah aku masih dibuai mimpi?
atau hanya aku hipokrit pada diri sendiri?

dalam kusut masai diri ini
muncul cahaya bulan menerangi malam
baru ku sedar malam telah tiba
baru ku sedar masa sudah jauh meninggalkannya

kini aku hanya mampu bermimpi
membawamu ke junjung pelamin
menemani kehidupanmu
dengan erti cinta sejati

kini aku hanya mampu berpuisi
melakar coretan hati
kepada kau yang aku miliki
yang telah pergi membawa diri

kini aku hanya mampu berdoa
agar kau sentiasa bahagia
agar kita sama-sama cinta
walau kita di dunia berbeza

oh chenta
untuk kau aku berpuisi
untuk kau aku alunkan musik
untuk kau aku teruskan hidup ini

oh chenta
kau meninggalkan sebiji benih harapan
biji yang penuh dengan kata-kata dan makna
yang kekal aku simpan selamanya

oh chenta
izinkan aku mencintai yang lain
izinkan aku melakar kisah yang lain
kerna aku masih jauh untuk menemuimu

oh chenta
kini baru aku mengerti
bagaimana hidup bersendiri
tanpamu di sisi

oh chenta
maafkan aku semaaf-maafnya
kerna aku gagal meneruskan ekspedisi cinta kita
kerna aku gagal melakar sejarah cinta

oh chenta
maafkan aku semaaf-maafnya
kerna aku menduakan cinta
kerna aku perlukan hidup bahagia

malam terus larut
aku terus meninggalkan kau pergi
menjalani hari-hari menanti
dengan hati yang rindu ini

bulan
ku tahu kau tahu
isi hati cintaku ini

bulan
benar aku menyintai dia
lebih dari apa yang aku ada

bulan
aku mengharapkan kau menjadi saksi
cinta selamanya aku padanya

ohh bulan
aku tutup rapi diari hati
aku letakkan di tepi
sebagai memori tiada ganti

ohh bulan
aku harus pergi
mencari hidup baru
melakar cerita baru

syukur kini ku sedar
aku bukan lagi dibuai mimpi
aku cuma meluahkan isi hati
yang tercicir dari diari

untuk aku
aku berpesan pada diriku
sebelum hadapi dunia baru
sebelum melangkah hidup baru

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua akan baik-baik saja

Monday, March 16, 2009

ohh, hidup mesti terus


terlalu lama meninggalkan laman ini sehingga aku hampir terlupa kewujudannya. oleh itu, aku kemaskinikan blog ini dengan satu penulisan ringkas.

hari ini aku suka.
berdansa. berpesta.
menerjah rentak irama musika.
raut wajah girang dan gumbira.
bersama rakan sejiwa.

hari esok aku duka.
hati sudah gundah gulana.
hilang senyum di muka.
hilang hati untuk percaya.
tiada lagi rakan bersama.
tiada lagi pesta dan dansa.

hidup.
tak semestinya indah.
tak semestinya gundah.
tapi hidup tetap hidup.
apa yang berlaku kita lalui.
apa yang tidak kita awasi.

hilang kawan?
tak hilang segala kawan yang ada.
hilang teman?
masih ada yang belum berpunya.
kerna itu hidup mesti diteruskan.

suka duka hidupku tetap suka.
belajar dan mengajar erti berkawan.
berteman dan bersendirian.
kerna itulah mencorak kehidupan kita.

ohh, hidup mesti terus.
tak perlu kenal erti putus asa.
tak perlu cuba rasa kecewa.
hidup saja tanpa curiga.

aku suka aku duka sama saja.
hidup tetap hidup.
sampai ajal tiba.
jadi hidup saja dan corakkan cerita.
warnakan saja lukisan kehidupan.
kerna hasil itu bakal menjadi,
tauladan zuriat di hari2 nanti.