BERCEUSE

Monday, November 23, 2009

empat rasa


RANTAI RASA

Dari pandangan aku
Masih kita usaha
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Kau pasti menungguku
Ku juga begitu
Berpaut dengan rantai rasa

Usah kau cuba untuk menangis
Untuk bahagia

Ku tak mahu binasa
Biar kita selalu
Berpaut dengan rantai rasa cinta


PIJAK HATIKU

Waktu kita sama sambut hari lahir
Ku beri hadiah, hadiah bunga

Cantik, engkau memang cantik
Izinkan aku menatap wajahmu lagi

Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi
Kau pijak hatiku lagi

Tinggi harapanku buatmu
Tak ku sangka ia hanya setengah jalan
Jika memori kita disimpan di dalam cakera
Kan ku mainkan sampai bila-bila

Cantik, engkau memang cantik
Izinkan aku menatap wajahmu lagi


KU MAHU KAU TAHU


Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu

Aku kan terus menunggu
Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu


KAU HARUS ADA

Lelah parut senyum dah jemu
Metafora cair bertemu
Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jika sendiri

Kau harus ada
Kau harus ada dimana tempat ku berada
Kau harus ada
Kau harus ada bersamaku

Rasa itu ini sementara
Ku takkan di sini selamanya
Rugi jika sendiri
Hanyut jikaku sendiri