BERCEUSE

Tuesday, December 8, 2009

live on move on


bangun aku hari ini
lewat petang mengapai senja
merantau pula di waktu malam
bertemankan talian net sepanjang masa

bangun aku sedar
akan waktu tiada noktah
akan langkah tiada berubah
akan kenangan tiada dibawa

oh terikat aku dengan yang lampau
terkenang aku kisah lama
teringat aku senyum mesra
mengingat pula luka yang ada

kanak-kanak
sungguh kanak-kanak

untuk apa merungut yang lama
untuk apa digaduhkan yang sama
bukan bawa sebarang manfaat
cuma hanya menutup pandangan
dan terus tenggelam dek keburukan

pengorbanan lalu itu yang lalu
biarkan saja di situ
kerna yang depan menanti dan tak tentu
tak makan dek usaha yang dah tepu

buka mata buka minda
ini bukan nlagi nostalgia
masa depan menunggu setia
apa mahu melengung saja?

langkah baru semangat baru
imej baru cara pun terbaru
tolak ke tepi idealis lalu
maju terus tanpa ragu

jangan fikir bukan-bukan
hidup ini tak susah
cuma perlu buat tak susah
senang bukan?

:)

live on guys.. live on..

No comments: