aku dah jarang memuji
memuji pujian yang ikhlas
baru sekarang aku sedar
aku dah kurang berfikir
berfikir untuk kepentingan diri
baru sekarang aku tahu
aku memang tak layak
untuk tegur siapa-siapa pun
baru sekarang aku bersoal
melayan semua orang sama
kawan teman maupun lawan
baru sekarang aku mengerti
sayang aku terhadap kawan
sampai kena pijak pun tak perasan
obses sangat aku dengan kawan kan?
pernah aku dipijak kepala
pernah aku ditikam belakang
oleh manusia bergelar kawan
tapi aku masih di sini
diam membisu terdiri bersendiri
memaafkan si tolol yang menikam ini
yang dilihat ramai dengan keji
obses sangat aku dengan kawan kan?
aku lemah dengan kawan
aku tak berperisai dengan kawan
sampai tercedera aku diserang kawan open sahaja
obses sangat aku dengan kawan kan?
oh tuhan, beginikah erti setiakawan?
sentiasa baik pada kawan
sampai kena makan dengan kawan?
oh tuhan, itu ke setiakawan?
menolong saat diperlukan
tapi tergapai sendirian pabila memerlukan?
oh tuhan, bagaimanakan setiakawan?
hubungan persahabatan sebelah mata?
sesungguhnya aku tak mengerti
sehingga kini aku menanti
detik-detik ke hari-hari
mencari jawapan pada persoalan ini