BERCEUSE

Monday, September 7, 2009

khas untuk hari ini


hari ini kita suka
ketawa dan gembira
hari ini kita suka
bermain dan berdansa bersama
hari ini kita suka
bila diteman yang istimewa
hari ini kita suka
bila disamping yang tercinta
hari ini kita suka
ada keluarga bahagia tuk kita
hari ini kita suka
kerana segalanya baik belaka

tapi adakah esok sama?
adakah esok masih ada?
atau kita yang sudah tiada?
apakah kita sudah puas bergembira?
atau mencari suka yang baru?

mungkin esok kita berduka
mungkin esok kita sengsara
mungkin esok kita kecewa
mungkin esok kita gundah gulana

oleh itu
hari inilah hari kita
hari inilah untuk kita
meluahkan segala rasa
berkongsi dan dikenang bersama

agar
secangkir memori penuh makna
diukir untuk nostalgia kita
disimpan untuk kenangan hari tua

mari kita bergembira
berpesta dan berbahagia bersama
tiada kesal akan dijana

No comments: