aku tak nampak di mana cahaya
ohh tidak aku kegelapan
ke mana perginya sinar hari2ku?
terpusing aku ke sana sini
meraba raba dalam kelam
mencari sesuatu yang boleh aku genggam
yang boleh berdampingku
yang boleh menemaniku
tanpa ragu2 tanpa hirau birau
tetapi kegagalan demi kegagalan ku tempuh
ohh tuhan aku kehilangan
kehilangan sesuatu yang aku telah ada
aku semakin kekurangan
kekurangan kekuatan hati
untuk menempuh duka lara
sepertimana hari2 yang dulu
ohh tuhan ke mana harus aku pergi?
teraba aku dalam gelap
detik demi detik sinar tidak ku temu
apakah aku terperangkap di sini selamanya?
apakah datang sang puteri menjauhkan aku dari kegelapan?
apakah aku tiada peluang bertemu cahaya?
hari ini aku tertunduk
terduduk
terasa aku mahu pergi
pergi jauh bersendiri
membawa hati yang hampa
meninggalkan dunia ke alam maya
mencari ketenangan yang tak mungkin ku jumpa
mencari erti hidup seorang yang hampa
hari esok aku akan berdiri
melangkah setapak demi detapak
menuju ke tiada arah tuju
berjalan dan terus berjalan
berlalu pergi
pergi berjalan kaki
berjalan bersendiri
aku pejalan kaki
ingin meninggalkan semua ini
semua...
No comments:
Post a Comment