aku terjaga bersendiri
terdiam melihat lelangit
mengira bintang di dalam hati
deruan kipas terdengar
menemani sunyiku mendingin tubuhku
di saat aku mula mengenang
potret memori luka di hati
hilang aku dalam memori
meniti hari yang jauh berlalu
apa guna aku ke situ?
mahukah aku mengulang yang itu?
kelam dalam suram
pada pagi hari
sebelum tebit fajar mentari
aku hilang dalam memoir hati
keluarkan aku
jauhkan aku dari nostalgia itu
aku dah penat
tak sanggup mengulangi kesilapan itu
oh tuhan hidupkanlah hati
untuk aku kembali berseri
sesungguhnya hatiku mati
ditelan kesalahan diri
tidak perlu aku kembali
mengubah yang dahulu kala
cuma aku perlu bangkit
mengubah yang bakal datang
nasibku hidupku semua pada aku
silap selangkah silaplah jalan
aku tak boleh lalai lagi
maaf cinta aku mahu pergi
membuka minda dan hati baru
mencoret ceritera baru
menjadi tugas baru aku
untuk menawan hati yang salju
No comments:
Post a Comment