BERCEUSE

Monday, October 20, 2008

hidup


this one came out of my mind just when i'm thinking of blogging tonight. it is just an expression towards my life, as a young man, with least of maturity. feel it live it lose it.

hidup ini penuh seksa.
penuh duka. walau suka.
datang teman bergembira.
datang juga teman berdukacita.

aku orang biasa.
aku insan yang sentiasa biasa.
insan yang membuat silap.
insan yang lemah.
namun aku masih ada diri.

aku, kawan, memang suka.
namun kawan tak semua kawan.
kawan makan aku.
aku makan kawan.
walau sedar atau tak sedar.

inilah dugaannya.
berkawan tanpa sempadan.
aku tak mahu batasan.
sebab aku tahu.
aku tak cukup bagus membataskan kawan.

yang istimewa.
aku amat sanjungi.
tak kira berbatu bernautika jauhnya.
tak kira pernah atau tak berjumpa.
memang tetap istimewa untuk aku.

yang tersayang.
sentiasa disayangi selamanya.
walau dibayang kisah lama.
walau dibelenggu kesilapan sama.
namun yang tersayang tetap tersayang.
sehingga kutemu yang menyayang.

hidup.
apa makna hidup ini.
berdansa. bergembira.
berduka lara. bersandiwara.
bebas bergerak menuju destinasi tanpa arah.
namun tersekat di penghujung jalan.
mencari yang setia menunjukkan jalan.
tiada pula ketahuan kewujudan mereka.
detik demi detik menanti.
juga dibenam kesesatan. kesuraman. kegelapan.

oh tuhan berikan aku harapan.
mencari diri aku sebenar.
mencari kawan sebenar kawan.
mencari erti kegembiraan.
mencari erti kebahagiaan.
mencari erti kawan.
mencari kesayangan.
mencari hidup tanpa segan.

1 comment:

winawin said...

so deep~
well... i hope u will find and get what r u wish for... =D