siapakah milik hati ini?
hati aku ini yang kaca.
tak pernah membatu.
jikalau pernah.
cumalah suatu tika dahulu.
tatkala bersama si dia insan tersayang.
dulu dan selamanya.
kini? kini aku bersendiri.
bersendiri?
bukan sudah berpunya?
aku. aku memang berpunya.
tapi bukan oleh seorang puteri.
puteri yang baru bersinar dalam hidupku.
aku kepunyaan.
biduanita yang telah pergi.
pergi meninggalkan diri ini.
dengan 777 memori.
siapakah milik hati ini?
adakah kau dapat tawan hati ini?
sepertimana biduan ku tewaskan hati ini.
membelai dan menjaga hatiku.
mampukah kau menjadi insan.
insan yang sanggup menyambut hati jatuhku.
aku masih menunggu.
menunggu seorang biduanita.
yang mampu menjaga hatiku.
aku merana kehilanganmu sayang.
sukar bagiku melepaskan hati ini.
hati yang kau jaga selama ini.
kepada orang lain.
orang yang sanggup menerima aku.
kerana aku terlalu memilihmu.
kerana kau sempurna buatku.
rindu aku untuk kamu selamanya.
moga2 kau membantu aku.
mencari pemilik hati aku yang baru.
No comments:
Post a Comment